YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir ke Sesi Libat Urus Pengurusan Kewangan Organisasi Profesional e-Sukan Negara, Kuala Lumpur bersama YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada GBX Esports yang menjadi pasukan pertama dari Malaysia layak ke kejohanan FIFAe Club World Cup 2022 yang akan berlangsung di Copenhagen, Denmark pada 15 hingga 25 Julai 2022.

Kejohanan tersebut adalah kejohanan yang dianjurkan oleh badan bola sepak rasmi, FIFA. Tahniah kepada para pemain yang berjaya.

e-sport merupakan platform yang baik untuk diceburi oleh belia bagi dijadikan sebagai hobi dan sumber pendapatan. Semoga kejayaan mereka menjadi suntikan semangat pada belia.