Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi libat urus PPN bersama PBRS & Gerakan

Sesi libat urus PPN bersama PBRS & Gerakan

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan mempengerusikan dua sesi libat urus Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama pemimpin parti politik iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).


Dalam merangka satu pelan terbaik untuk rakyat, yang paling penting adalah keterangkuman dan pandangan semua pihak daripada pelbagai golongan. Ini bagi memastikan PPN menjadi satu pelan terbaik yang mencakupi rakyat secara keseluruhan.

Sepanjang libat urus berlangsung, banyak input penting yang beliau dapat daripada kedua-dua parti untuk dimasukkan ke dalam perancangan PPN.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil-wakil PBRS yang hadir iaitu Encik Richard Kastum @ Mosinal (Setiausaha Agung PBRS), YBhg. Mejar (K) Dr Zhamrie Ghulam Rasul (Naib Presiden PBRS) dan Prof Madya Edwin Laimin (Ketua Pemuda PBRS) serta parti Gerakan diwakili oleh YBhg. Dato’ Ranndy Yap Kim Heng (Naib Presiden Gerakan), Puan S Wendy a/p Subramaniam (Timbalan Setiausaha Agung Gerakan) dan Encik Lim Si Ching (Setiausaha Agung Pemuda Gerakan).

Arkib Foto

Logo Accessibility