YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan mempengerusikan dua lagi sesi libat Urus Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama pemimpin-pemimpin parti politik secara maya iaitu Sabah Progressive Party (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR).
![]() |
![]() |
Banyak cadangan komprehensif dan bersasar yang telah dilontarkan oleh kedua-dua parti dan beliau akan memastikan cadangan-cadangan sebegini akan dibawa ke peringkat lebih tinggi dalam usaha merangka PPN.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang hadir dalam sesi tersebut iaitu wakil-wakil SAPP yang terdiri daripada YBhg. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (Presiden SAPP), YBhg. Datuk Richard Yong We Kong (Timbalan Presiden SAPP), Encik Edward Dagul (Timbalan Presiden SAPP) serta Encik Japiril Suhaimin (Timbalan Presiden SAPP) manakala antara wakil STAR adalah YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan (Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah serta Presiden STAR), YB Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi, (Timbalan Menteri Pelancongan merangkap Setiausaha Agung STAR) dan Encik CK Low (Pegawai Tugas-tugas Khas Timbalan Ketua Menteri Sabah).