Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Strategik Bersama Captain Of Industry & Pemain Industri Di Negeri Melaka

Sesi Libat Urus Strategik Bersama Captain Of Industry & Pemain Industri Di Negeri Melaka

Sesi Libat Urus Strategik bersama Captain of Industry dan pemain industri di Negeri Melaka, anjuran Invest Melaka, menghimpunkan Kementerian Kewangan, agensi-agensi Kerajaan Negeri Melaka dan pemain industri bagi membincangkan potensi serta keperluan pembangunan ekonomi Melaka.

Sesi yang disertai YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Saiful Hazwa Kipli, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka dan YBhg. Datuk Ginie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Melaka.

Sesi dialog ini membuka peluang kepada pemain industri memberi cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 untuk membangunkan sektor pembuatan dan perkhidmatan serta memberi pandangan terhadap cabaran berkaitan pelaburan, perindustrian serta logistik di negeri Melaka.

Input yang diterima akan membantu Kerajaan menilai keutamaan pembangunan secara lebih menyeluruh, khususnya bagi memastikan pertumbuhan industri dan ekonomi tempatan dapat diterjemahkan kepada pekerjaan bernilai tinggi, peningkatan kemahiran, peluang kepada perusahaan tempatan serta manfaat ekonomi yang lebih luas kepada rakyat.

Sebarang pandangan dan cadangan bagi Belanjawan 2027 boleh dikemukakan melalui Portal Cadangan Belanjawan di belanjawan.mof.gov.my. Penyertaan rakyat dan komuniti perniagaan penting dalam membantu Kerajaan memperhalusi keutamaan Belanjawan 2027.

 

Arkib Foto