Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Tinjauan Ke Kompleks Perumahan PDRM Seri Temenggong, Ayer Keroh & Lawatan Kerja Ke Pejabat Kastam Zon Industri Bebas (Fiz), Batu Berendam

Lawatan Tinjauan Ke Kompleks Perumahan PDRM Seri Temenggong, Ayer Keroh & Lawatan Kerja Ke Pejabat Kastam Zon Industri Bebas (Fiz), Batu Berendam

Agenda Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Melaka diteruskan dengan lawatan tinjauan YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan bersama Pasukan Belanjawan 2027 ke Kompleks Perumahan Polis Diraja Malaysia, Ayer Keroh.

Lawatan ini memberi ruang kepada Kementerian Kewangan untuk menilai secara langsung keperluan operasi dan perancangan kemudahan perumahan PDRM. Cadangan dikemukakan untuk menaik taraf dan membaiki blok perumahan yang sedia ada bagi menyediakan kemudahan perumahan yang selesa kepada anggota polis.

Seterusnya, lawatan kerja ke Pejabat Kastam Zon Industri Bebas (FIZ), Batu Berendam meliputi peninjauan kemudahan yang disediakan oleh Pejabat Kastam serta Pejabat Operasi Invest Melaka di FIZ. Terdapat keperluan untuk menambah baik kemudahan yang sedia ada memandangkan pertumbuhan industri di kawasan FIZ dan juga memudahkan proses pemeriksaan serta keperluan operasi di kawasan tersebut.

Arkib Foto