Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus WEF di Switzerland

Sesi Libat Urus WEF di Switzerland

Menurut Laporan Risiko Global, 89 peratus pakar percaya bahawa keadaan ekonomi global akan menjadi lebih mencabar pada tahun-tahun yang akan datang.

Objektif utama sesi libat urus pada hari terakhir YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan di World Economic Forum (WEF), Switzerland, yang bertajuk “Global Risks in an Era of Turbulence” adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko global jangka pendek, pertengahan dan panjang.

Antara ahli panel yang telah menghadiri sesi tersebut ialah Helen E. Clark, Pengerusi Bersama Panel Bebas Kesediaan dan Tindak Balas Pandemik, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Klaus P. Regling, Pengarah Urusan European Stability Mechanism Luxembourg, Maria Fujihara, Ketua Pegawai Eksekutif, SINAI Technologies, USA dan Sir Lawrence Freedman, Profesor Emeritus bagi Pengajian Perang dari King’s College, London.

Beliau percaya masyarakat global harus memberi keutamaan dalam memastikan individu mempunyai akses kepada keperluan asas seperti pendidikan berkualiti dan penjagaan kesihatan serta pembiayaan untuk perniagaan bagi segmen yang terkesan.

Selain itu, kita juga perlu lebih menumpukan kepada membina daya tahan untuk persediaan krisis pada masa hadapan. Cuba kita lihat kembali perkongsian data dan maklumat antara negara ketika penularan COVID-19. Daripada perkongsian maklumat genetik dan data antara negara melalui WHO, kita berjaya mengenal pasti dan mengesan penyebaran varian COVID-19 tertentu dan membenarkan maklumat itu dikongsi dengan seluruh dunia. Kolaborasi pantas ini membolehkan kita mencipta vaksin yang selamat dan berkesan dalam masa yang singkat.

World Economic Forum pada tahun ini merupakan satu pengalaman yang bermakna kerana beliau sebagai ahli panel bagi 4 sesi berlainan, dapat saling bertukar pendapat bersama-sama barisan panel yang disegani dari setiap pelosok dunia. Beliau juga berpeluang menimba banyak idea untuk Bajet 2023.

Arkib Foto

Logo Accessibility