YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan tiga sesi libat urus secara maya.
Sesi libat urus pertama ialah bersama YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan untuk mendengar tentang keperluan para belia dan pemain industri sukan.

Beliau turut mengadakan perbincangan yang produktif dengan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai keperluan masyarakat setempat dan penjaja kecil termasuk mereka yang terlibat dalam perniagaan di pasar tani, pasar tamu dan pasar malam.

Sesi terakhir beliau adalah bersama YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mengenai keperluan keluarga dan komuniti wanita, termasuk golongan rentan seperti orang kurang upaya.

Kementerian Kewangan sentiasa bersedia untuk mendengar pandangan dan suara semua pihak tentang sokongan yang diperlukan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan.