YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengucapkan tahniah kepada Cagamas Berhad kerana merancang untuk menerbitkan bon hijau/sukuk bagi tujuan membangunkan dan membiayai perumahan hijau mesra alam, yang juga bakal memanfaatkan isi rumah yang diketuai oleh wanita.
Cagamas dan Bank Pembangunan Asia (ADB) telah menandatangani perjanjian ‘Bantuan Teknikal’ untuk mengukuhkan lagi usaha-usaha bagi mengenal pasti cabaran dalam pembangunan kediaman hijau di Malaysia, termasuk segmen perumahan mampu milik dan perumahan di bandar-bandar kecil. Usaha tersebut juga bagi mengawal hampir 40 peratus pelepasan karbon dioksida global yang datang daripada sektor hartanah.
Peralihan dan pelaksanaan amalan hijau merentasi semua sektor ekonomi akan memerlukan sokongan semua pihak, bukan daripada Kerajaan sahaja tetapi juga institusi kewangan. Oleh itu, adalah amat penting usaha sebegini diteruskan dalam masa jangka panjang bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan bagi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.