Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas perkenan menerima YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menghadap bagi urusan mesyuarat Pra-Kabinet.
Dalam sesi menghadap tersebut, beliau turut menyembah maklum berhubung Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.
![]() |
![]() |