Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor atas perkenan menerima YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengadap di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Sesi mengadap selama hampir sejam tersebut adalah bersempena lawatan kerja beliau ke Johor Bahru.
Dalam sesi mengadap tersebut, beliau telah memberikan penjelasan terkait soal pembangunan negara serta negeri Johor.
Beliau mendoakan ke hadrat Allah semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.