Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Mengadap Sultan Johor

Sesi Mengadap Sultan Johor

Menjunjung kasih Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas perkenan menerima YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menghadap di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Hadir sama YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Dalam sesi mengadap tersebut, beliau telah persembahkan perkembangan terkini pembangunan negara serta negeri Johor Darul Ta'zim.

Baginda Tuanku Sultan turut berkenan memandu sendiri menghantar beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Arkib Foto

Logo Accessibility