Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah atas perkenan menerima YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan menghadap di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Sesi menghadap tersebut adalah bersempena lawatan kerja beliau ke Kuala Terengganu.
Beliau mendoakan ke hadrat Allah semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.