Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Menunaikan Solat Jumaat di Kuala Lumpur

Sesi Menunaikan Solat Jumaat di Kuala Lumpur

Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas perkenan mencemar duli mengunjungi Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk menunaikan solat Jumaat bersama rakyat jelata bersempena dengan Hari Keputeraan baginda.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan turut serta bersama barisan Jemaah Menteri yang dipimpin YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri mengiringi KDYMM Tuanku untuk sama-sama menunaikan solat Jumaat.

Semoga kebijaksanaan pimpinan seorang pemerintah tanah air yang tercinta ini akan diperkukuhkan dengan nasihat barisan ulama yang tegas dan barisan umara yang ikhlas serta akan didukung dengan ketaatsetiaan rakyat yang hidup harmoni dan lebih utama akan dilimpahi cahaya petunjuk Ilahi.

Beliau mendoakan agar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa diberi kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan dalam mentadbir negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility