Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Mesyuarat bersama CMBB, CMTM & JKDM

Sesi Mesyuarat bersama CMBB, CMTM & JKDM

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mempengerusikan mesyuarat persediaan bagi mendapatkan input-input untuk mesyuarat Multi Task Agency Task Force (MATF) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Confederation of Malaysian Brewers Berhad (CMBB), Confederation of Malaysian Tobacco Manufacturers (CMTM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang telah hadir dan memberikan maklum balas.

Beliau berharap agensi-agensi dan pihak-pihak yang terlibat dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap keputusan yang telah dibuat.

Seiring dengan keadaan ekonomi yang sedang berusaha untuk memulih dari kesan pandemik COVID-19, kita semua mesti melakukan yang terbaik untuk melindungi hasil negara daripada berlaku ketirisan.

Arkib Foto

Logo Accessibility