YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan mesyuarat secara maya bersama YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) untuk sesi taklimat Majlis Konsultasi Bajet 2023 yang akan disertai oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri pada 23 Ogos 2022.

Majlis Konsultasi Bajet 2023 merupakan satu platform interaksi antara Kerajaan dan sektor awam, swasta, akademik dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) untuk semua pihak memberi cadangan, pandangan dan maklum balas bagi penyediaan bajet yang inklusif serta akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di negara kita.
