Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pelancaran Pelan Tindakan dan Laporan Kelestarian 2021

Sesi Pelancaran Pelan Tindakan dan Laporan Kelestarian 2021

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan melancarkan Pelan Tindakan dan Laporan Kelestarian 2021 oleh edotco Group, iaitu sebuah syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi Malaysia yang beroperasi di serata Asia dan syarikat telekomunikasi Malaysia pertama yang menyertai United Nations Global Compact.⠀

Laporan Kelestarian yang pertama oleh edotco ini menggariskan kesalinghubungan untuk memperkasakan pertumbuhan yang mampan di seluruh negara dan serantau. Apa yang menarik perhatian beliau adalah kejayaan mereka untuk mengurangkan separuh jejak karbonnya atau carbon footprint sebanyak 58 peratus. ⠀

Ini sudah tentu selaras dengan matlamat utama Kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke-12 termasuk meningkatkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas emissions) kepada 45 peratus daripada KDNK menjelang 2030 dan untuk Malaysia menjadi neutral karbon menjelang 2050. Kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Tenaga Negara yang komprehensif untuk menyediakan hala tuju strategik jangka panjang bagi menyokong aspirasi negara neutral karbon.

Pada beliau, ESG adalah ‘the way forward’ dan beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada edotco atas langkah proaktif yang diambil oleh mereka. Semoga langkah tersebut menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain untuk mengutamakan ESG dalam pengoperasian mereka.

Arkib Foto

Logo Accessibility