YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan melancarkan TripART dan CIMB Artober Hotel Art Fair 2021 yang turut disokong oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA).

Program tersebut dirangka untuk meraikan penggiat-penggiat seni tanah air, sama ada muda atau tua, baharu atau veteran, yang professional mahu pun yang amatur. Program sebegini juga adalah mengenai seni dan memperkasakan artis tempatan di mana mereka mewakili antara industri yang seharusnya dihargai. ⠀

Industri seni dan kreatif antara industri yang penting dan amat memerlukan sokongan. Beliau amat berbesar hati apabila melihat terdapat ramai wakil korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang turut hadir sebagai tanda sokongan. Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan buat YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi, yang telah membuka tirai majlis dengan nyanyian suaranya yang merdu. ⠀

Dalam usaha memulih semula ekonomi, Kerajaan juga menitikberatkan pembangunan industri kreatif Malaysia dan kebajikan penggiat-penggiat seni. Sejak pandemik COVID-19 bermula, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif khusus yang diselia oleh pihak terlibat seperti MyCreative, CENDANA dan Yayasan Hasanah bagi memastikan penyaluran bantuan adalah tepat kepada para penggiat seni yang memerlukan. ⠀

Di bawah #Bajet2022, Kerajaan juga memperuntukkan RM238 juta untuk pelbagai inisiatif bagi merancak semula industri kreatif, ini adalah termasuk RM50 juta untuk Program RIUH Keluarga Malaysia (RM20 juta) dan Platform Animasi Nasional (RM30 juta) untuk ditadbir melalui Kumpulan MyCreative.

Untuk maklumat lanjut mengenai #Bajet2022, orang ramai boleh melayari di laman sesawang seperti berikut: budget.mof.gov.my/manfaat
