Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pembangunan Kapasiti Dalam Merangka Strategi Hasil Jangka Sederhana

Sesi Pembangunan Kapasiti Dalam Merangka Strategi Hasil Jangka Sederhana

Kementerian Kewangan telah mengadakan Sesi Pembangunan Kapasiti dalam merangka Strategi Hasil Jangka Sederhana (Medium Term Revenue Strategy - MTRS) di Putrajaya.

Perbincangan dan taklimat telah disampaikan oleh pasukan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Artur Swistak, Timbalan Ketua Bahagian Polisi Cukai, Margaret Cotton, Timbalan Ketua Bahagian Pentadbiran Hasil dan Doris Akol, Pembantu Penasihat Teknikal.

Ini adalah kerjasama dan perkongsian kepakaran dengan IMF dalam usaha memperkasa sistem dan struktur percukaian agar pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Pembangunan kapasiti ini turut melibatkan Kementerian dan agensi Kerajaan seperti Kementerian Ekonomi, MITI, MIDA, LHDNM, JKDM dan Bank Negara.

Tetamu kehormat yang hadir ialah YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I, YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility