Sesi Pembentangan RUU KWAN (Pindaan) (2021) di Dewan Rakyat

Sesi Pembentangan RUU KWAN (Pindaan) (2021) di Dewan Rakyat

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) (Pindaan) 2021, iaitu suatu pindaan yang penting bagi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia dalam peperangan kita melawan petualang COVID-19.

Dengan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang terhad, suatu langkah alternatif yang dapat menampung perbelanjaan tambahan untuk keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 perlu diambil. Oleh itu, penggunaan dana KWAN sebagai salah satu sumber kewangan adalah wajar bagi memenuhi keperluan vaksin yang mendesak.

RUU tersebut juga telah lulus di Dewan Rakyat. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas kepercayaan yang diberikan kepada Kerajaan untuk melaksanakan pindaan tersebut.

Seperti yang beliau katakan sebelum ini, ‘check and balance’ adalah amat penting dan Kerajaan akan terus melibatkan semua pihak dalam mencari jalan penyelesaian terbaik, selaras dengan semangat #KeluargaMalaysia.