YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menggulung perbahasan bagi Sesi Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 atau #Belanjawan2021 bertempat di Parlimen Malaysia.
Rang Undang-Undang tersebut telah diluluskan di peringkat dasar dan menjadi tanda keterbukaan serta kesediaan Kerajaan untuk bermusyawarah dengan semua pihak dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat, perniagaan, serta ekonomi. ⠀⠀
Terima kasih diucapkan kepada #TeamMOF atas usaha dan sokongan dalam menyediakan sebuah belanjawan yang komprehensif.⠀





