YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menggulung untuk Kementerian Kewangan (MOF) bagi Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 untuk peringkat dasar. Dalam pada itu, #Bajet2022 juga telah lulus di peringkat dasar.
![]() |
![]() |
Walaupun selepas sesi pembentangan #Bajet2022 pada 29 Oktober lalu, #TeamMOF terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak bagi memastikan sifat inklusif belanjawan tersebut. #TeamMOF juga akan terus meneliti cadangan-cadangan penambahbaikan dengan sebaik mungkin.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas sokongan yang diberi. Beliau berharap agar usaha-usaha bersama sebegini akan membuahkan hasil demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.
![]() |
![]() |