YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah membentangkan usul perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kastam (Pindaan) 2022, RUU Eksais (Pindaan) 2022, RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022 di Dewan Negara.
Keempat-empat RUU tersebut telah lulus. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-Ahli Dewan Negara yang terlibat dalam perbahasan tersebut.