Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Penyerahan STR & SARA

Sesi Penyerahan STR & SARA

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengambil kesempatan sejurus selepas Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang untuk menyerahkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima bantuan tersebut.

Mengiringi YAB Dato’ Seri Anwar ialah Encik Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN).

Individu yang menerima manfaat STR dan SARA ini datang dari kawasan pedalaman Sarawak yakni Kampung Kejapil, Bekenu dan Sibuti. Mereka adalah sebahagian daripada lebih 50,000 pemanfaat STR dan SARA di pedalaman Sarawak dan Sabah yang tidak mempunyai akaun bank.

Justeru, BSN selaku agensi di bawah Kementerian Kewangan dipertanggungjawabkan sebagai pengantara bagi mengedarkan STR dan SARA dalam bentuk tunai kepada pemanfaat-pemanfaat ini

Arkib Foto

Logo Accessibility