YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah menyerahkan Surat Penempatan Pegawai Gred Utama kepada YBrs. Puan Nor Azizati Hamzah yang ditempatkan sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat dan Encik Zulkhairil Amar Mohamad, Timbalan Pengarah Belanjawan Negara (Perkhidmatan Am) Pejabat Belanjawan Negara berkuat kuasa 1 Disember 2023.
Turut hadir, YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) dan YBhg. Datin Paduka Roslinah Md Jani, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan Dan Pengurusan.

