Kementerian Kewangan mengalu-alukan kehadiran empat peserta Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN bagi submodul Strategic Partnership Programme (SPP) Tahun 2024/2025. Para peserta akan menjalani latihan penempatan di kementerian selama 5 minggu, bermula 24 Februari hingga 28 Mac 2025.
Selamat bertugas dan selamat maju jaya diucapkan kepada pegawai kadet PTD di penempatan masing-masing:
Semoga sepanjang penempatan mereka di sini, pegawai dapat menimba pengalaman dan memperluaskan skop pemahaman berhubung penyampaian perkhidmatan kerajaan; terutamanya yang melibatkan fungsi MOF di samping membentuk perspektif lebih terangkum berkaitan peranan kementerian dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara.