Sesi Penyerahan Tunai untuk para penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tiada Akaun Bank telah diadakan di Dewan Fook Siew Semporna, Sabah.
Seawal pukul 7.30 pagi, seramai 341 orang penerima telah hadir ke lokasi penunaian. Penerima yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan ibu mengandung telah diberikan keutamaan kaunter khas penunaian.
Jumlah bantuan melebihi RM122,050 telah berjaya diserahkan secara tunai kepada para penerima Tiada Akaun Bank. Program penyerahan juga diwakili oleh Penolong Pegawai Daerah dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N65.
Agensi-agensi yang turut serta seperti Bank Simpanan Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Polis Diraja Malaysia, RELA, Pejabat Daerah serta UPPM N65 Senallang turut telah memberikan kerjasama dengan jayanya dan perkhidmatan yang disampaikan sangat memberi manfaat kepada penerima-penerima yang hadir.
Para penerima juga telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan sentiasa memakai pelitup muka sepanjang program penyerahan BKM berlangsung.