YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) telah berkesempatan merasmikan Bengkel Pindaan Arahan Perbendaharaan 2022 bertempat di Hotel Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan.
![]() |
![]() |
Kementerian Kewangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pindaan Arahan Perbendaharaan 2022 bermula 25 Mei hingga 27 Mei 2022 dengan objektif sebagai platform untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pemilik AP, agensi pusat, Kementerian/Jabatan Persekutuan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri dan Perbendaharaan Negeri terhadap cadangan pindaan Arahan Perbendaharaan serta memuktamadkan cadangan pindaan Arahan Perbendaharaan untuk terbitan Buku Arahan Perbendaharaan (Pindaan) 2022.
![]() |
![]() |
Turut hadir YBrs. Puan Nor Yati Ahmad (Pengarah Pasukan Perlaksanaan Perakaunan Akruan) dan YBrs. Encik Mohd Sakeri Abdul Kadir, Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat.
![]() |
![]() |