Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perasmian Rumah Tamu Homestay Villa 288 di Kuala Selangor

Sesi Perasmian Rumah Tamu Homestay Villa 288 di Kuala Selangor

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir untuk merasmikan Rumah Tamu Homestay Villa 288 yang diusahakan oleh saudara Muhammad Izzat Syafiq Mazlan bersama bapanya Encik Mazlan Juahir di Kuala Selangor. Turut hadir sama, Tuan Syed Yahya Syed Othman, Pengarah Kanan Malaysia Tourism Promotion Board.

Homestay yang bertempat di Kampung Api-api, Kuala Selangor tersebut baru sahaja dibuka dan menerapkan tema ringkas dan selesa dengan sebuah kolam renang.

Beliau menyelami bibit kesulitan dialami inap desa, sama seperti industri perhotelan sejak wabak COVID-19 melanda negara. Penangan COVID-19 memang cukup dahsyat, hingga terdapat antara inap desa yang terpaksa menukar status menjadi rumah sewa.

Bagi meringankan beban yang ditanggung, Kerajaan melalui MOTAC telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM61 juta yang memanfaatkan hampir 30,000 penggiat industri pelancongan dan ini termasuk pengusaha inap desa.

Beliau percaya industri pelancongan negara akan bangkit kembali. Langkah Kerajaan membuka pintu sempadan negara akan memberi peluang pelancong luar bercuti dalam negara seterusnya memberi impak positif kepada pembangunan industri pelancongan negara.

Keberanian anak-anak muda seperti saudara Izzat Syafiq menceburi bidang pelancongan mencerminkan keyakinan bahawa industri pelancongan akan bangkit kembali seperti sebelum COVID-19 melanda.

Arkib Foto

Logo Accessibility