YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mendengar perbahasan Peringkat Dasar ahli-ahli Yang Berhormat mengenai #Bajet2022 di Parlimen. Sesi perbahasan dimulakan oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang.
Bagi beliau, adalah sangat penting untuk mendengar suara semua pihak selaras dengan pendekatan senegara yang diamalkan. Bagi #Bajet2022, #TeamMoF telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pihak pembangkang supaya input mereka juga turut diambil kira dalam merangka bajet yang inklusif untuk #KeluargaMalaysia.