Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan ‘A Digital ASEAN for All’ di Switzerland

Sesi Perbincangan ‘A Digital ASEAN for All’ di Switzerland

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berkongsi pendapat serta idea mengenai masa depan komuniti digital ASEAN pada sesi perbincangan ‘A Digital ASEAN for All’ bersama beberapa tokoh korporat serta rakan sejawat dari negara Asia Tenggara pada hari pertama World Economic Forum (WEF) di Switzerland.

Topik utama yang dibincangkan adalah bagaimana masa depan digital rantau ini boleh dibentuk untuk memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Ini kerana, semasa dunia dilanda wabak COVID-19, pengguna internet meningkat sebanyak lebih 10 peratus dalam masa satu tahun sahaja. Ekonomi digital rantau ASEAN kini bernilai lebih USD100 bilion.

Ini bermakna Malaysia memerlukan transformasi digital yang inklusif untuk mencapai ekonomi digital yang berdaya saing dan progresif, seiring dengan negara maju yang lain.

Beliau juga berpeluang berkongsi kejayaan Malaysia mengenai inisiatif dalam merapatkan jurang pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan juga ekonomi tidak formal. Pada masa yang sama, para peserta yang lain juga telah berkongsi pengalaman serta usaha mereka di negara masing-masing.

Dengan inisiatif Kerajaan seperti pelaksanaan pelan hala tuju pendigitalan PMKS, negara kita akan terus berkembang maju melalui peningkatan sumbangan komuniti perniagaan ini kepada ekonomi negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility