YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa (CRA) Moody’s, Fitch dan Standard & Poor’s (S&P) bagi taklimat mengenai #Bajet2022 yang baru sahaja dibentang Jumaat lalu. Sesi bersama CRA sebegini amat penting bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat semasa melakukan penarafan terhadap Malaysia.

Bagi #TeamMOF, komitmen yang telus dalam menyampaikan maklumat kepada semua pihak adalah selari dengan usaha merangka polisi dan inisiatif yang bukan sahaja dapat menjamin kesejahteraan rakyat, tapi juga bagi memastikan pemulihan ekonomi pasca pandemik berjalan lancar.
