Sesi Perbincangan #Bajet2022 bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh

Sesi Perbincangan #Bajet2022 bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi konsultasi #Bajet2022 bersama YB Puan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Selaras dengan pendekatan ‘Whole-of-Nation’, pintu Kementerian Kewangan (MOF) sentiasa terbuka kepada semua pihak dan #TeamMOF sedia mendengar segala input dan cadangan yang diberikan. Turut hadir secara maya adalah YBrs. Puan Zakiah Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara.

Sejak 2020 lagi, MOF telah menjalankan sesi libat urus bersama pelbagai pihak termasuk pakar-pakar industri dan wakil-wakil parti pembangkang. Ini semua untuk memastikan semua suara didengari, demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia. Kerjasama pelbagai pihak sebegini akan berterusan untuk memastikan kestabilan ekonomi negara dan kemakmuran kita bersama.