YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama Cagamas Bhd bagi membincangkan mengenai input yang boleh diterapkan ke dalam #Bajet2022.
Cagamas adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk menggalakkan pemilikan rumah dan memajukan pasaran gadai janji sekunder di Malaysia. ⠀
Antara topik yang dibincangkan semasa sesi tersebut adalah mengenai cabaran #KeluargaMalaysia dalam mengakses aliran tunai tambahan dan memiliki rumah pertama, terutama sekali dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang.
Selain itu, kemampuan Malaysia untuk mewujudkan bandar lestari dan mesra alam serta program perumahan kos rendah dalam usaha menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan belia turut dibincangkan.