YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berjumpa dengan pemain industri dan badan kreatif negara bagi sesi perbincangan #Bajet2022.

Mereka terdiri daripada Persatuan Kaki Seni, Persatuan Alam Bunyian, pengarah teater, penyanyi muzik jalanan dan pelakon teater.
![]() |
![]() |
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan seni dan budaya yang menarik. Seni merupakan satu perkara yang penting bagi mengekalkan warisan dan tradisi negara.
![]() |
![]() |
Pemain industri dan badan kreatif negara juga terkesan dengan pandemik COVID-19 apabila pementasan drama dan pemain muzik jalanan tidak dapat beroperasi secara fizikal.
![]() |
![]() |
Beliau bersetuju bahawa apresiasi seni perlu ditekankan sejak bangku sekolah. Apresiasi seni bukan semata-mata menjadikan seseorang itu artis tetapi apa yang lebih penting adalah penerapan nilai warisan budaya dan tradisi negara Malaysia.
![]() |
![]() |
Beliau amat berpuas hati kerana dapat berbincang bersama mereka yang hadir dan telah mendapat pelbagai input dan perkara baharu yang perlu diketengahkan. Beliau dan #TeamMOF akan mengambil kira segala cadangan untuk #Bajet2022 bagi mengimbangi keperluan rakyat.