Sesi Perbincangan #Bajet2022 bersama Pemain Industri Kreatif

Sesi Perbincangan #Bajet2022 bersama Pemain Industri Kreatif

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan pemain industri kreatif untuk sesi perbincangan #Bajet2022.

 

Antara mereka yang menyertai sesi perbincangan tersebut adalah pelakon, pengarah filem animasi, pengurus program (event manager), pengurus artis, pelawak, wakil artis Cina dan penyanyi.

 

Seperti yang kita tahu, sepanjang hampir dua tahun negara dilanda pandemik COVID-19, antara industri yang terkesan adalah industri kreatif apabila segala penggambaran tidak dibenarkan, program-program tidak dapat dijalankan, studio tidak dapat dibuka dan macam-macam lagi kekangan yang mereka hadapi.

 

Ekoran COVID-19, terdapat penggiat-penggiat seni yang tidak mempunyai kerja lain terpaksa mencari inisiatif pendapatan kerana mereka tiada sumber kewangan.

 

 

Sepanjang sesi perbincangan berlangsung, banyak yang telah beliau memperoleh tentang masalah-masalah yang mereka hadapi. Beliau dan #TeamMOF akan mempertimbangkan semua cadangan yang diutarakan supaya dapat mengimbangi keperluan rakyat dan ekonomi negara dalam #Bajet2022. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir dalam sesi perbincangan tersebut.