Sesi Perbincangan #Bajet2022 Bersama Wakil-wakil Pakatan Harapan

Sesi Perbincangan #Bajet2022 Bersama Wakil-wakil Pakatan Harapan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan bersama YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan #TeamMOF telah berkesempatan mengadakan sesi perbincangan lanjut bersama wakil-wakil Pakatan Harapan bagi memperhalusi cadangan mereka untuk #Bajet2022.

Perbincangan tersebut menjurus kepada inisiatif bagi meningkatkan sistem kesihatan awam, memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi serta menghadapi norma baharu pasca COVID-19.

 

Sesi libat urus bersama semua pihak sememangnya menjadi teras penyediaan #Bajet2022 bagi memastikan suara rakyat didengari demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.