YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama wakil-wakil daripada Pakatan Harapan untuk perbincangan susulan mengenai #Bajet2022. Perbincangan susulan tersebut juga adalah bagi mendapatkan input susulan yang telah mereka dapat di peringkat akar umbi.
Bagi #TeamMOF, penambahbaikan akan terus dibuat bagi memastikan penyediaan #Bajet2022 dapat menyokong agenda pemulihan ekonomi negara sekali gus membawa kita keluar daripada pandemik COVID-19 ini.

Dalam pada itu, pembentangan #Bajet2022 pada 29 Oktober ini akan terus memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua wakil yang telah hadir pada sesi perbincangan tersebut.