YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan Sesi Perbincangan Belanjawan 2021 mengenai tenaga lestari bersama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. ⠀⠀ ⠀⠀
Sektor tenaga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara kita. Platform ini telah memberikan peluang kepada pihak kerajaan, agensi serta swasta, untuk menyuarakan pendapat, tentang dasar-dasar berteraskan prinsip kelestarian, atau sustainability, yang perlu diketengahkan oleh Kerajaan, dalam menggariskan penggunaan tenaga lestari di Malaysia pada Belanjawan 2021 nanti.



