YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah bersama wakil-wakil MKT UMNO, YB Dato’ Seri Ahmad Maslan, SU Agong merangkap Ahli Parlimen Pontian, YB Tan Sri Noh Omar, Ahli MT merangkap Ahli Parlimen Tg Karang, YB Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ahli MT UMNO merangkap ADUN Pangkor, serta YBhg Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dan Warga MOF telah mengadakan sesi perbincangan #Belanjawan2021. Terima kasih atas lebih 130 cadangan yang disampaikan yang diangkat daripada golongan akar umbi. InsyaAllah, cadangan-cadangan akan dipertimbangan untuk Belanjawan2021 nanti.





