YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan Konsultasi #Belanjawan2021: Terima kasih kepada Parti Islam Se Malaysia (PAS), diwakili YB Dr. Nik. Muhammad Zawawi Bin Hj. Salleh, Ketua Dewan Ulama Pas (Merangkap Ahli Parlimen Pasir Putih), YB Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Ahli Parlimen Kuala Krai), YB Tuan Hj. Wan Hassan bin Mohd Ramli (Ahli Parlimen Dungun), YB Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Ahli Parlimen Sik) dan YB Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Ahli Parlimen Pasir Mas), kerana turut bersama dalam perbincangan hari ini. YB-YB telah menyampaikan cadangan dan hasrat PAS agar Belanjawan 2021 terus membantu golongan-golongan rakyat seperti petani, nelayan, ibu bapa dan anak-anak bersekolah dalam menghadapi tempoh mencabar ini. Selain itu, sokongan demi kelangsungan industri dan perniagaan juga dibangkitkan sebagai keperluan utama kerana impak yang besar kepada ketahanan ekonomi jangka masa pendek dan sederhana.





