YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan perbincangan #Belanjawan2021 bersama wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diwakili YB Datuk Aaron Ago Dagang, wakil Parti Rakyat Sarawak (PRS) merangkap Timbalan Menteri Kesihatan II serta Ahli Parlimen Konawit dan Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, AJK Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Ahli Parlimen Sibuti.
Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan bantuan-bantuan buat penduduk Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman serta peruntukan untuk sekolah dan klinik daif. Kesalinghubungan antara kawasan pedalaman ke perkhidmatan dan kemudahan Kerajaan juga antara isu yang dibincang.





