Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan Berkaitan Daya Saing Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa & Hab Perniagaan Global

Sesi Perbincangan Berkaitan Daya Saing Kuala Lumpur Sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa & Hab Perniagaan Global

YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) telah mempengerusikan sesi perbincangan berkaitan daya saing Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa dan hab perniagaan global bertempat di Tun Razak Exchange (TRX).

Sesi perbincangan ini dihadiri oleh pelbagai pemain industri antarabangsa seperti Debit Circle, HSBC, Huawei, Intrinsic SEA, Prudential Assurance, SEEK Asia, TNG Digital dan Wahed Technologies Sdn. Bhd.

Sesi perbincangan yang dianjurkan dengan kerjasama TRX City Sdn. Bhd, bertujuan untuk mendapatkan input dan pandangan daripada sektor kewangan dan fintech antarabangsa ke arah usaha memperkukuh daya saing negara terutamanya Kuala Lumpur sebagai hab perniagaan global. Hasil perbincangan ini akan dipertimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026 
#EkonomiMADANI 
#RancakkanMADANI 
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility