Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan Bersama AMCHAM

Sesi Perbincangan Bersama AMCHAM

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) untuk sesi perbincangan mengenai bagaimana AMCHAM dapat menyokong agenda pemulihan ekonomi negara menerusi kerjasama rapat dan sesi libat urus yang berterusan.

Antara syarikat yang turut serta dalam sesi tersebut adalah Hewlett Packard, Johnson & Johnson, dan AIG.

Amerika Syarikat merupakan antara pelabur dan rakan dagang utama Malaysia. Kerjasama erat yang terjalin sejak sekian lama ini akan terus diperkukuhkan ke arah pemulihan ekonomi demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility