YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama Fund Managers untuk berkongsi prospek pertumbuhan dan strategi fiskal jangka masa sederhana-panjang negara.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai pembangunan infrastruktur berpotensi, penilaian Ringgit Malaysia dan strategi kemampanan.
Menurut International Monetary Fund (IMF), ekonomi Malaysia dijangka akan berkembang lebih pesat secara purata berbanding negara ASEAN-5 pada tahun 2022 (5.8 peratus).

Malaysia juga adalah antara 20 peratus negara teratas di dunia yang dijangka mengalami peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita pada tahun 2021 hingga 2026.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Bursa Malaysia dan Citibank sebagai penganjur sesi tersebut.
