YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah menerima kunjungan daripada Encik Mohamed Abida, Ketua Islamic Development Bank (IsDB)’s Center of Excellence (CoE) Kuala Lumpur untuk mengadakan sesi perbincangan yang melibatkan perhubungan antara Kementerian Kewangan (MOF) dan Islamic Development Bank.
Encik Abida juga berkesempatan menerangkan kepada beliau tentang kerangka kerja yang dilakukan IsDB COE KL untuk mengadakan kerjasama strategik dengan IsDB Group.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada IsDB COE KL kerana mengambil kesempatan untuk bertemu dan beliau berharap agar perbincangan tersebut akan membuahkan hasil supaya gerak kerja dapat berjalan dengan lancar.
Semoga kerjasama antara MOF dan Islamic Development Bank akan sentiasa memberikan manfaat kepada kemajuan kewangan Islam di Malaysia dan juga seluruh 57 negara anggota IsDB.