YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir ke Malaysia Space Agency (MySA) untuk mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah MySA, Tuan Haji Azlikamil Napiah untuk mendapatkan input dan data yang tepat tentang isu banjir yang berlaku baru-baru ini. Penggunaan teknologi satelit bagi beliau adalah amat penting dalam menentukan permasalahan dan solusi terhadap perkara yang berlaku dalam negara ini.

Beliau juga berkesempatan untuk melihat penggunaan satelit yang diaplikasikan untuk membuat pemantauan, siasatan dan juga kajian. Pengimejan optik melalui remote-sensing dapat memberikan gambaran jelas tentang apa yang berlaku di atas muka bumi. Beliau amat kagum dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi yang digunakan untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat.

Beliau berharap agar MySA dapat bekerjasama dengan pelbagai lagi agensi-agensi yang lain dalam memberikan perkhidmatan kepada seluruh warga Keluarga Malaysia serta mengadaptasi penggunaan teknologi dalam setiap perkara agar dapat memberikan manfaat kepada semua.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |