YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama pakar-pakar ekonomi untuk berkongsi strategi di sebalik #Bajet2022 dan juga pendekatan Kerajaan untuk mengimbangi kedudukan fiskal bagi jangka masa sederhana serta panjang.

#TeamMOF sentiasa mengambil pendekatan yang berimbang untuk memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang sentiasa terpelihara.