Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi perbincangan bersama pemimpin Kerajaan GPS

Sesi perbincangan bersama pemimpin Kerajaan GPS

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi perbincangan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama pemimpin kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diwakili oleh YAB Datuk Patinggi (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak dan barisan YB Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sarawak menerusi persidangan video secara maya.

Selain membincangkan isu PPN, beliau dan ahli mesyuarat juga berbincang mengenai kesinambungan usaha sama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak, lebih-lebih lagi dalam mendepani wabak COVID-19.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri dan YB Timbalan-Timbalan Ketua Menteri atas kesudian menghadiri sesi konsultasi tersebut.

Arkib Foto

Logo Accessibility