Pilih bahasa anda
YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan telah mengadakan perbincangan dengan penggiat industri dan pakar-pakar mengenai lokalisasi rantaian bekalan serta pembangunan R&D dalam sektor-sektor utama seperti peralatan perubatan, aeroangkasa dan pusat data.

Menyedari kemungkinan krisis geopolitik semasa akan berpanjangan yang dijangka menjejaskan bekalan penting, beliau menekankan bahawa semua pihak perlu menyegerakan usaha mengukuhkan daya ketahanan rantaian bekalan.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Naguib Mohd Nor, Presiden Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA); Professor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Malaya; dan wakil-wakil Khazanah, Persekutuan Industri Jentera dan Kejuruteraan (MEIF) dan Malaysian Special Tooling and Machining Association (MSTMA) kerana sudi berkongsi pandangan.
