Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan Bersama Pengurusan Tertinggi IJN

Sesi Perbincangan Bersama Pengurusan Tertinggi IJN

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri sesi perbincangan bersama pengurusan tertinggi Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan input mengenai sektor kesihatan. IJN yang ditubuhkan pada 1992 ini adalah sebuah institusi kesihatan yang tidak asing buat Rakyat Malaysia, terutamanya buat pesakit jantung. Keperluan untuk memastikan operasi IJN berjalan lancar adalah amat penting.

Antara intipati perbincangan tersebut adalah mengenai pelan strategik IJN dalam memperkasa dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan. Selain dari itu, keperluan untuk melatih dan mengekalkan bakat-bakat muda dalam sektor kesihatan juga antara fokus utama mereka. Dalam menghadapi COVID-19 kesiapsiagaan sektor kesihatan harus diutamakan, oleh itu, pandangan dan cadangan oleh pihak IJN untuk menambah baik perkhidmatan pastinya akan dipertimbangkan.⠀

Arkib Foto

Logo Accessibility